Sabtu, 31 Julai 2010

Mesyuarat Agung Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad

Mesyuarat Agung Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad telah diadakan pada 31 Julai 2010 di Kompleks YKS Tok Muar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y Bhg Muhammad Adnan bin Abdullah dan dipantau oleh Wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Mesyuarat bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 4.25 petang. 

Mesyuarat sebulat suara telah melantik Ahli Lembaga Koperasi seperti berikut:-

Ajurah binti Ishak
Rusnawati Haji Juda
Haji Redzuan bin Haji Tahar
Zarinah binti Abdul Kabor
Zaiton binti Tahir
Ahmad Zaki Haji Hamzah
Muhammad Adnan bin Abdullah
Dato Azizan Hang Tuah
Aishah binti Abdul Latif
Haji Jaafar bin Muhammad
Wan Aminuddin
A Sarawanan

Semoga dengan perlantikan ini, kerja-kerja Koperasi dapat dijalankan dengan baik.

Ahad, 16 Mei 2010

King Salamon Oil Softgel


Produk ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kadar kolesterol yang tinggi. Produk yang dihasilkan dari minyak ikan solomon ini amat terbukti melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kadar kolesterol ke paras normal. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengadapi masalah diabetis, ghout, reumatik.

Kandungan: 60 biji

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 100
Sabah & Sarawak: RM125


Artikel Berkaitan Produk Ini

KANDUNGANNYA

• Mengandungi omega 3, 6 dan 9
• Omega 3 dan 6 tidak dikeluarkan oleh tubuh badan.
• Omega 9 boleh diproduksi oleh tubuh badan dari gula dan kanji.

Apa itu OMEGA 3?

• Omega 3 bagus utk ibu menyusu, ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dan bayi,Arthiritis, depression dan penyakit kulit.
• mengandungi EPA dan DHA

EPA (Eicosa Pentaenoic Acid) dapat mencegah:

1. Kanser
2. Trombosit (pembekuan darah)
3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)
4. Kadar kolestrol yang berlebihan
5. Plasma lipid yang berlebihan
6. Penyakit jantung
7. Stress yang berlebihan
8. Tekanan darah tinggi
9.Kencing manis

DHA (Docosa Hexaenoic Acid) berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.

1. Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)
2. Mencegah asma
3. Meningkatkan daya seks kesuburan
4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
5. Mencegah penyakit kulit
6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

KAJIAN DI UK MENDAPATI EPA BERKESAN DALAM MEMBANTU:

• Clinical Depression (kemurungan)
• Bipolar Disorder (tekanan/kemurungan)
• Schizophrenia (mental)
• Post Natal Depression (meroyan)
• Pre-menstrual Tension
• Obsessive Compulsive Disorder
• Alzheimer’s disease and other forms of dementia
• Dyslexia (masalah pembelajaran)

Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.
Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.

Gejala-gejalanya:

• Kebimbangan boleh menjejaskan berlainan orang dengan berlainan cara:
• Kesusahan bertidur
• Debaran jantung yang sangat cepat
• Bergetaran, kepeningan
• Kesusahan bernafas.
• Merasa rengsa, tidak senang, tidak dapat rehat atau tiada kawalan
• Tidak dapat memikir dengan jelas atau berkonsentrasi
• muntah-muntah
• Merasa tercekek atau bengkak dalam kerongkong
• Berpeluh
• Pening kepala
• Otot tegang (panas baran,cepatmarah,emosi)
• Mudah merasa pengsan

BIPOLA DISORDER

• Salah satu penyakit mental yang akan menyerang pesakit secara tiba-tiba yang disebabkan oleh tekanan/kemurungan.
• Kes terbaru terjadi kepada penyanyi & komposer terkenal YASSIN (BROTHERS)
• Pesakit juga kadang kala mengalami MANIC (berkenaan dirasuk sawan gila)
• BIPOLA DISORDER terjadi apabila 2simptom (MANIC + DEPRESSION) bergabung menjadi satu.

DYSLEXIA

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

CIRI-CIRI PENGHIDAPNYA

• Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
• Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
• Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
• Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
• Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
• Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
• Sering berlaku di kalangan lelaki.
• Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
• Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Di UK pada thn 2002 di lebih 100 buah sekolah rendah dimana pelajar-palajar mengalami masalah DYSLEXIA.
Setiap pelajar diberi minyak ikan tinggi dengan EPA (SALMON OIL OMEGA-GOLD), dalam 3bulan sahaja pelajar menunjukan perkembangan positif dari segi membaca,mengeja & perangai mereka juga peningkatan dalam akademik pelajaran mereka.

Schizophrenia

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi.

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama.

Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah “skizofrenia” diterjemah secara kasar sebagai “fikiran berkecai,” dan berasal dari bahasa Greek ????? (schizo, “memecahkan” atau “membahagikan”) dan ???? (phr?n, “minda”). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau “personaliti terpisah – split personality”; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan.

Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Post Natal Depression (meroyan – wanita)

Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression – PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar berlaku dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.

Asid lemak Omega-3: Sesetengah pakar percaya bahawa kemurungan postpartum boleh dikatakan disebabkan kekurangan asid lemak omega-3 dari otak ibu bagi membantu pembentukan otak fetus atau anak menyusu. Ini boleh dielakkan dengan memastiian bekalan asid lemak omega 3 yang mencukupi dalam diet si ibu.[13]

Sumber asid lemak omega 3 semulajadi yang baik termasuk minyak linseed boleh dimakan, sestengah ikan, daging haiwan ragut dan bukannya memakan bijirin, dan telor dari ayam yang diberi makan biji benih flax atau permakanan lain yang tinggi dengan lemak omega 3. Omega 3 juga boleh dibeli dalam bentuk kapsul sebagai permakanan tambahan.

OMEGA 6

• Anti inflammatory (peradangan sendi)
• baik utk wanita sebelum haid
• baik utk kulit, kuku dan rambut.
• kombinasi omega 3 & 6 sgt penting utk kesihatan tubuh badan
• Membantu metabolisma gula di dalam darah
• menurunkan kolesterol
• penyakit Autisme

DENGAN PENERANGAN INI,DAPAT LAH KITA BERKONGSI KHASIAT SALAMON OIL OMEGA-GOLD YANG SUDAH LAMA DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT DIBARAT (UK) SEJAK DARI PERINGKAT IBU MENGANDUNG (FETUS). JIKA DINILAI DENGAN HARGANYA RM80 (60BIJI).BEGITU KECIL KERANA KESIHATAN KITA (ANAK2 & KELUARGA) LEBIH BERERTI. SELAMAT MENCUBA.

Selasa, 4 Mei 2010

Produk Terbaru Koperasi "Nasi Lemak Utara"


Kini Produk terbaru Koperasi Kasih Sayang NS Berhad "Nasi Lemak Utara" nasi lemak ini telah diadun khas daripada menu masakan orang utara.

Produk Nasi Lemak Utara ini telah dibuka berhadapan kedai azrafali berdekatan econsave Kuala Pilah dan dengan izin Allah produk "Nasi Lemak Utara" yang berkonsep jualan berunsur "Gerai Stall" akan di buka sepanjang jalan seluruh Negeri Sembilan. sesiapa yang berminat untuk berkongsi perniagaan ini 

sila hubungi 019-3653178 / 019-5659049

Selasa, 23 Mac 2010

Penapis Air Dew

penapis air dew hpa

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. Kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik. Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.


MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW ?

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

….Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi…

Harga
Semenanjung Malaysia : RM 900
Sabah & Sarawak : RM 1000

Jumaat, 19 Mac 2010

Perniagaan Daripada Sudut Perspektif ISLAM


Seorang Muslim cita-cita tertingginya ialah mencapai keredhaan Allah SWT. Jika peniaga, dia ingin menjadi peniaga yang diredhai Allah, bukannya hanya mengejar kekayaan duniawi tetapi, tetapi mengejar pahala dan ganjaran keTaqwaan dari Allah melalui khidmat dan barangan yang ditawarkan kepada manusia dan juga melalui kekayaan yang diraih yang nantinya diinfakkan ke jalan Allah. Cita-citanya tidak lain ialah untuk mencapai kedudukan peniaga yang disifatkan

Berkata Rasulullah SAW:
Peniaga yang jujur lagi amanah akan bersama para Nabi, para Siddiqin dan para Syuhada di akhirat
(Riwayat Imam at-Tarmizi dan al-Hakim dari Abu Sa'id r.a.-hadis ini Hasan)

Renungan
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Di dunia ini ada empat jenis manusia:

1. Seorang hamba yang dikurniakan Allah harta dan ilmu, lalu dengan harta dan ilmu itu ia bertakwa kepada Allah, ia menghubungkan silaturahim dan menunaikan hak/kewajipan yang sewajarnya kepada Allah. Ini adalah sebaik-baiknya kedudukan hamba.

2. Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu, tetapi tidak dikurniakan harta, lalu ia menanamkan cita-cita yang baik di dalam hatinya; Jika aku diberi harta maka aku akan lakukan sebagaimana si fulan (yang melakukan kebaikan dengan hartanya). Orang ini akan diganjari dengan niat baiknya dan kedudukannya, dan orang contohnya adalah sama di akhirat.

3. Seorang hamba yang dikurniakan Allah harta tetapi tidak diberikan ilmu, maka ia belanjakan hartanya tanpa ilmu; ia tidak bertakwa kepada Allah; ia tidak menghubungkan silaturahim dan ia mengabaikan hak Allah. Ini adalah seburuk-buruk kedudukan hamba.

4. Seorang hamba yang tidak dikurniakan harta dan juga ilmu, lalu ia berkata di dalam hatinya:

"Jika aku diberikan harta nescaya aku akan melakukan sebagai si fulan (yang melakukan kejahatan dengan hartanya)."

Orang ini akan dibalasi dengan niat dan kedudukannya, dengan orang yang menjadi contohnya adalah sama di akhirat.
(Riwayat Imam Ahmad dan at-Tarmizi dari Abi Kabsyah al-Anmari)

Kenapa Perniagaan?

Ada bermacam-macam punca rezeki di atas muka bumi hari ini, namun kenapa perniagaan yang kita pilih?

Pertama: Perniagaan adalah sumber rezeki yang diredhai Allah.

"Hai orang- orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisa': 29)

Kedua: Perniagaan adalah pekerjaaan terbaik selepas pembuatan/pengeluaran. Nabi SAW pernah ditanya:

"Apakah pekerjaan yang paling baik di sisi Allah? Baginda menjawab: "Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual-beli/perniagaan yang mabrur (yang diredhai Allah)."
(Riwayat Imam Ahmad dan at-Thabrani daripada Abu Burdah r.a)


Dalam hadis di atas, Nabi SAW menyebutkan dua pekerjaan terbaik:

1. Hasil tangan sendiri (pembuatan / pengeluaran)

2. Perniagaan yang diredhai Allah

Ketiga: Perniagaan merangkumi 9/10 punca rezeki.

Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan." (Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na'im ibn Abdurrahman)

Keempat: Perniagaan adalah bidang yang pernah diceburi oleh Nabi SAW dan beberapa sahabat besar. Ketika berusia sembilan tahun, Nabi Muhammad SAW telah dibawa bapa saudaranya, Abu Thalib bersama rombongan perniagaan ke Syam. Kemudian ketika baginda berusia 20-an, baginda keluar sekali ke Syam. Kali ini bukan hanya sebagai peserta rombongan perniagaan, tetapi sebagai pengurus perniagaan. Baginda menguruskan perniagaan milik Khadijah dengan dibantu oleh Maisarah, iaitu hamba milik Khadijah. Di kalangan sahabat-sahabat Nabi SAW tidak kurang ramai yang terbabit dengan perniagaan, terutamanya dari kelompok Muhajirin.

Antara mereka ialah:
1. Saidina Abu Bakar
2. Saidina Uthman ibn 'Affan
3. Saidina Umar al-Khattab
4. Zaid bin Arqam
5. ThalhahbinUbaidillah
6. Abdurrahman Ibn 'Auf dan banyak lagi.


Abdurrahman Bin Auf.
Di kalangan sahabat Nabi Muhammad SAW, orang yang paling menyerlah dalam dunia perniagaan ialah Abdurrahman Bin Auf dari kelompok Muhajirin. la berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala hartanya di Mekah. Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Abdrurahman tatkala sampai di Madinah semasa peristiwa Hijrah, beliau dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW dengan seorang Ansar bernama Sa'ad Ibn Rabi' al-Ansari r.a. Sa'ad merupakan seorang kaya di Madinah. Maka ia berkata kepada Abdurrahman: "Aku adalah orang yang paling banyak harta di Madinah ini. Ambillah dari hartaku mana- mana yang kamu suka." Abdurrahman membalas; "Terima kasih sajalah atas tawaran kamu itu. Semoga Allah memberkati harta dan ahli keluarga kamu. Aku keberatan menerima tawaran kamu itu. Cuma tunjukkan kepadaku di mana pasar". Lalu ditunjukkan. Di pasar Madinah itulah, Abdurrahman menjalankan perniagaan dengan tekun dan dari sehari ke sehari hartanya semakin bertambah sehingga ia menjadi antara orang yang paling kaya di Madinah. Semua hartanya adalah hasil dari perniagaan. Pernah suatu hari Abdurrahman datang bertemu Rasulullah dengan membawa wang 4 ribu dirham. Dia berkata kepada baginda:"Ya Rasulullah, aku memiliki 8 ribu dirham. Aku simpan untukku dan keluargaku 4 ribu dirham dan 4 ribu dirham lagi aku ingin infakkan kepada Tuhanku. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: "Allah memberkati harta yang kamu simpan dan juga harta yang kamu infakkan." Itulah Abdurrahman yang asalnya adalah miskin dan pendatang, namun dengan ketekunannya menjalankan perniagaan telah berjaya menjadi seorang yang kaya dan dermawan. Maka selayaknya Abdurrahman diambil sebagai contoh bagi para Muslim yang ingin berjaya di dalam perniagaan.

Produk Stokis HPA Kuala Pilah







Isnin, 8 Mac 2010

Memahami erti bekam


SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.

Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!(Sumber Utusan Malaysia)

Jumaat, 5 Mac 2010

Rawatan Bekam & Stokis HPA Kuala Pilah


 
Anjuran berbekam dari Rasul.. 

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sedutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari) 

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)


  Rawatan Bekam YKSNS Kuala Pilah


Dibuka dari Hari Isnin hingga Jumaat


Lokasi: Taman Cemerlang Rumah No 2, 72000 Kuala Pilah Negeri sembilan.
              Belakang Pejabat Kompleks Daerah Kuala Pilah

Hubungi :En Husaini Arshad    019-5659049 (Bekam untuk Lelaki)
               Puan Ajurah Ishak    019-3653178 (Bekam untuk Wanita)
              

Isnin, 22 Februari 2010

Stokis HPA Kuala Pilah baru dibuka (Koperasi Kasih Sayang NS Berhad)


SEGALA TEMPAHAN PRODUK HPA BOLEH MENGHUBUNGI SAUDARA HUSAINI DI TALIAN 019-5659049 (PENGURUS KOPERASI KASIH SAYANG NS BERHAD)




Ahad, 21 Februari 2010

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN BERHAD

1. Berdasarkan Undang-undang Tubuh Koperasi dan keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi yang bermesyuarat pada 21 Februarui 2010, dengan ini ditetapkan Mesyuarat Agung Koperasi akan diadakan pada 28 Mac 2010.

2. Sehubungan dengan itu, semua ahli koperasi diminta menjelaskan Yuran Pendaftaran, Yuran Saham Minimum dan Yuran Sukarelawan YKSNS yang keseluruhannya berjumlah RM 140.00 sebelum 15 Mac 2010.

3. Kerjasama semua ahli amat diperlukan untuk membolehkan audit tahunan koperasi dapat dijalankan dengan jayanya.


Pengerusi
Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad

Sabtu, 20 Februari 2010

PERLANTIKAN RASMI USTAZ HUSAINI BIN ARSHAD

Berkuatkuasa pada 22 Februari 2010, AL Koperasi secara rasmi telah mengambil keputusan untuk melantik Ustaz Husaini bin Arshad sebagai Pengurus Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad. Mesyuarat yang dihadir oleh 8/12 juga mengambil keputusan untuk memulakan usaha penubuhan Mini Market Produk Halal sebagai perniagaan permulaan.

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad

Semua Ahli Lembaga Koperasi dijemput untuk menghadiri Mesyuarat ALK pada 21hb. Februsri 2010 jam 10.00 pagi bertempat Pejabat Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kehadiran amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Pengerusi
Ahli Lembaga Koperasi
Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad

Khamis, 11 Februari 2010

Keahlian Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad

1. Bahawa dengan hormatnya dimaklumkan, Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad dengan ini membuka keahlian kepada mereka yang berminat. Sila berhubung dengan petugas kami untuk mendapatkan borang keahlian

2. Syarat keahlian boleh merujuk kepada artikel INFO. Maklumat lanjut sila hubungi Pengurus Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad yang baru dilantik : Ustaz Husaini Tel:-019 565 9049