Isnin, 8 Mac 2010
Memahami erti bekam
SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.
Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.
Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.
Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.
Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.
Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.
Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.
Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.
Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)
Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)
Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)
Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.
Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!(Sumber Utusan Malaysia)
Jumaat, 5 Mac 2010
Rawatan Bekam & Stokis HPA Kuala Pilah
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sedutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
Rawatan Bekam YKSNS Kuala Pilah
Dibuka dari Hari Isnin hingga Jumaat
Lokasi: Taman Cemerlang Rumah No 2, 72000 Kuala Pilah Negeri sembilan.
Belakang Pejabat Kompleks Daerah Kuala Pilah
Hubungi :En Husaini Arshad 019-5659049 (Bekam untuk Lelaki)
Puan Ajurah Ishak 019-3653178 (Bekam untuk Wanita)
Isnin, 22 Februari 2010
Stokis HPA Kuala Pilah baru dibuka (Koperasi Kasih Sayang NS Berhad)
SEGALA TEMPAHAN PRODUK HPA BOLEH MENGHUBUNGI SAUDARA HUSAINI DI TALIAN 019-5659049 (PENGURUS KOPERASI KASIH SAYANG NS BERHAD)
Ahad, 21 Februari 2010
MESYUARAT AGUNG KOPERASI KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN BERHAD
1. Berdasarkan Undang-undang Tubuh Koperasi dan keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi yang bermesyuarat pada 21 Februarui 2010, dengan ini ditetapkan Mesyuarat Agung Koperasi akan diadakan pada 28 Mac 2010.
2. Sehubungan dengan itu, semua ahli koperasi diminta menjelaskan Yuran Pendaftaran, Yuran Saham Minimum dan Yuran Sukarelawan YKSNS yang keseluruhannya berjumlah RM 140.00 sebelum 15 Mac 2010.
3. Kerjasama semua ahli amat diperlukan untuk membolehkan audit tahunan koperasi dapat dijalankan dengan jayanya.
Pengerusi
Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad
2. Sehubungan dengan itu, semua ahli koperasi diminta menjelaskan Yuran Pendaftaran, Yuran Saham Minimum dan Yuran Sukarelawan YKSNS yang keseluruhannya berjumlah RM 140.00 sebelum 15 Mac 2010.
3. Kerjasama semua ahli amat diperlukan untuk membolehkan audit tahunan koperasi dapat dijalankan dengan jayanya.
Pengerusi
Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad
Sabtu, 20 Februari 2010
PERLANTIKAN RASMI USTAZ HUSAINI BIN ARSHAD
Berkuatkuasa pada 22 Februari 2010, AL Koperasi secara rasmi telah mengambil keputusan untuk melantik Ustaz Husaini bin Arshad sebagai Pengurus Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad. Mesyuarat yang dihadir oleh 8/12 juga mengambil keputusan untuk memulakan usaha penubuhan Mini Market Produk Halal sebagai perniagaan permulaan.
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad
Semua Ahli Lembaga Koperasi dijemput untuk menghadiri Mesyuarat ALK pada 21hb. Februsri 2010 jam 10.00 pagi bertempat Pejabat Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kehadiran amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pengerusi
Ahli Lembaga Koperasi
Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad
Pengerusi
Ahli Lembaga Koperasi
Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad
Khamis, 11 Februari 2010
Keahlian Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad
1. Bahawa dengan hormatnya dimaklumkan, Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad dengan ini membuka keahlian kepada mereka yang berminat. Sila berhubung dengan petugas kami untuk mendapatkan borang keahlian
2. Syarat keahlian boleh merujuk kepada artikel INFO. Maklumat lanjut sila hubungi Pengurus Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad yang baru dilantik : Ustaz Husaini Tel:-019 565 9049
2. Syarat keahlian boleh merujuk kepada artikel INFO. Maklumat lanjut sila hubungi Pengurus Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad yang baru dilantik : Ustaz Husaini Tel:-019 565 9049
Langgan:
Catatan (Atom)

