Isnin, 15 Jun 2009

INFO

Alamat Operasi

No. 22 A Jalan Angkasaria,
Taman Bukit Pilah Perdana,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Kawasan Operasi


Jempol, Kuala Pilah, Seremban, Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan


Fungsi Utama


Perkhidmatan
  • Menjalankan aktiviti perkhidmatan jahitan, pemasaran pakaian dan katering
  • membeli, menjual, memproses, mengumpul dan memasarkan produk keluaran anggota dan barangan pengguna
  • menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
  • memberi, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih;
  • melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
  • mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
  • menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan
  • mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung

Kelayakan Menjadi Anggota

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
  • bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini;
  • bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan kesalahan yang boleh daftar atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernau dibuang keanggotaaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun

Fi Masuk

  • Fi Masuk RM 10.00
  • Syer Minimum RM 100.00
  • Yuran Sukarelawan YKSNS RM30.00

Ikrar Anggota

Hendaklah menandatangani ikrar:-

  • akan terikat dengan undang-undang kecil ini dan aturan-aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan;
  • bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan
  • bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
  • tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun

Hubungi Urusetia, dapatkan borang dan daftarlah:-

MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH - 012 393 4840

1 ulasan:

  1. salam..
    saya nak tanya...ada tak jawatan kosong?
    sye lepasan pelajar pengurusan koperasi

    BalasPadam